Monday, 29 April 2013

RUPANYA HIDUP INI SATU CABARAN


                               SAJAK FRAGMEN SEBUAH 
                             KEHIDUPAN
                                                     KARYA SHAMSUDIN OTHMAN


    Dalam sajak fragmen sebuah saya dapat mengaplikasikan pelbagai erti kehidupan yang akan membawa saya ke arah dunia pancaroba tetapi ianya bergantung kepada hati dan niat saya sendiri yang perlu mencorakkannya.Dunia ini ibarat kain putih kerana saya yang perlu mencorakkannya agar ia menjadi sempurna.saya banyak mengambil iktibar daripada sajak ini.

      Melalui kajian saya mengenai sajak ini saya  ingin mengongsi dengan rakan pembaca bahawa dadah ini musuh negara yang utama.Dadah merupakan musuh utama negara yang boleh merosakkan jiwa dan menyebabkan kematian.Ingatlah bahawa dadah merupakan pembunuh utam negara.Wahai generasiku saya ayuhlah kita perang dadah habis-habisan.Ingatlah sekali kita mencuba selamanya dann seumur hidup kita akan merana.Sayangilah diri anda. Hayatilah sajak ini:
            
               Hari ini,
                 angkara dadah telah mati seorang negarawan 
                 angkara dadah telah mati seorang seniman
                 angkara dadah telah mati seorang olahragawan
                 angkara dadah telah mati seorang jutawan 
                 angkara dadah telah mati seorang sasterawan
                 angkara dadah telah mati seorang wirawan.
  
Oleh itu,daripada potongan sajak di atas kita boleh mengambil iktibar bahawa betapa bahayanya dadah dalam kehidupan kita.perangilah dadah habis- habisan.Ingatlah sekali anda mencubanya, selamanya anda akan sengsara.Dadah telah menghancurkan institusi keluarga.Sejarah  telah membuktikan bahawa Empayar Melaka jatuh angkara dadah.Hal ini bermakna, dadahtelah menghancurkan sebuah tamadun bangsa dan negara.
                Dalam mengharungi hidup yang penuh abaran dan dugaan,penulis memohon kepada Allah  agar diberikan kekutan iman.Matlamatnya agar  cita-cita   untukmenjadikan negara ini sebuah negara yang maju akan tercapai.Jadi ambillah iktibar daripada sajak fragmen sebuah kehidupan.

No comments:

Post a Comment