Thursday, 4 April 2013

PERIBAHASA BAHASA MELAYU TINGKATAN TIGA

Pada 1 April 2013,saya telah diarahkan oleh guru mata pelajaran bahasa melayu saya iaitu cikgu Zarina binti Lazim untuk mencari pribahasa yang terkandung di dalam buku teks bahasa melayu tingkatan tiga.peribahasa tersebut hendaklah disertakan bersama maksudnya.setelah saya pulang ke rumah saya telah menelaah buku tersebut untuk mengenalpasti peribahasa di dalamnya.Antara peribahasa yang saya peroleh ialah
    • belayar sambil memapan,merapat sambil belayar - sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
    • hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih -jika hendak melakukan sesuatu hendaklah berusaha untuk mendapatkannya.
    • enggan lalu ranting patah-orang yang jahat selalu dituduh apabila terjadi sesuatu musibah.kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang - jika sesuatu  perkara tidak berlaku ,tidak mungkin orang bercakap tentang perkara itu
    • bagai kerakap tumbuh di batu,hidup segan mati tak mahu- keadaan hidup seseorang yang sangat miskin dan melarat tanpa usaha.
  • bagai menatang minyak yang penuh- seseorang yang dijaga dengan penuh kasih sayang.
  • sambil menyelam minum air- sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
  • biar mati anak,jangan mati adat- seseorang yang terlalu mementingkan adat. 
  • membuka pekung di daka- suka menceritakan hal peribadi sendiri kepada orang lain.
  • bagai ada batu yang menindih lidah - sukar untuk berkata-kata.
  • bagai dicampak di gurun tak berorang - kekok atau terkaku.  
  • ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya- kemulian seseorang yang berpangkat tidak hilang kerana bergaul dengan orang biasa.
  • seperti aur ditarik songsang- membuat sesuatu kerja yang sangat sukar.
  • kalau tidak ada rotan,akar pun berguna- sebelum ada yang baik,yang kurang baik boleh dipakai.
  • di mana ada kemahuan,di situ ada jalan -jika seseorang itu mahukan sesuatu dia perlu berusaha sudah pasti kejaan miliknya.

No comments:

Post a Comment