Sunday, 5 May 2013

DRAMA SEBUAH PERJUANGAN

                        DRAMA SEBUAH PERJUANGAN  
                      AB MANAF KAMARUDDIN


        Drama ini mengisahkan perjuangan penduduk tempatan menentang penjajahan.Hal ini dapat dilihat pada perjuangan Pangeran Syahbandar menentang penjajah Inggeris di Sungai Padas.Pangeran dan pengikutnya berani menentang penjajah walaupun mereka hanya bersenjatakan lembing dan keris.

         Penjajahan British di Sungai Padas mendapat tentangan daripada Pangeran Syahbandar dan penduduk kampung.Pangeran Syahbandar menentang pungutan cukai oleh Kompeni Inggeris.

          Pangeran Syahbandar mendakwa berkuasa di Sungai Padas. Hal ini dilaporkan olehtali barut Inggeris marah kerana kawasan Sungai Padas telah dipajak oleh Kompeni Inggeris daripada Sultan Brunei.Buktnya perjanjian sudah pun ditandatangani.Pegawai Inggeris berbangga dengan Jahul dan memberikan penghargaan kepadanya.
             
              Pangeran Syahbandar dan Awang menunjukkan  kemarahan apabila ada pihak yang menyebarkan  berita yang memburuk-burukkan nama dan kuasa Pangeran Angkara ini dilakukan oleh tali barut yang menjadi upahan.PangeranSyahbandar mahu mengambil tindakan tegas terhadap para pembelot.Pangeran Syahbandar dan orang-orang kampung menyerang dan menawan para pembelot yang menyokong Kompeni Inggeris.

                 Oleh itu,kita perlulah mencontohi sifat Pangeran Syahbandar yang berani.Contohnya,Pangeran tidak gentar untuk mempertahankan hak dan kuasa yang cuba dirampas oleh Kompeni Inggeris di Sungai Padas.Kesanggupan berkorban demi mempertahankan tanah air. 
                 
                  Marilah meninjau drama ini agar anda dapat memotivasikan diri anda........
           
                    SEKIAN TERIMA KASIH.
          gwiyomiiiii...byeeeee.

No comments:

Post a Comment