Wednesday, 27 February 2013

CERPEN SEGALA YANG TERCINTA ADA DI SANA

      
TEMA

Tema cerpen segala yang tercinta ada di sana ialah kehidupan dalam masyarakat kampung yang bergantung pada tumbuh-tumbuhan semula jadi sebagai sumber makanan dan perubatan.

PERSOALAN

(a)Kemiskinan dan kesederhanaan hidup.
Contohnya,masyarakat kampung tidak mampu membeli ubat di klinik akibat kemiskinan yang dihadapi oleh mereka .Merka juga menjalani kehidupan seharian dengan seadanya.

(b)ketaatan dan kepatuhan kepada guru.
Contohnya,penulis dan rakan-rakannya sentiasa patuh akan suruhan serta ajaran guru al-quran mereka,iaitu Hajah Tom.

(c)Pendidikan agama dalam masyarakat.
Contohnya.penulis dan rakan-rakannya telah diasuh dengan ajaran agama,iaitu mempelajari al-quran sejak kecil lagi,malah mereka rajin solat berjemaah di surau kampung mereka.

LATAR MASYARAKAT

(a)Masyarakat Melayu yang tinggal di kampung.
Contohnya,penulis dan rakan-rakannya tinggal di sebuah kampung yang permai walaupun hidup dalam serba kekurangan.

(b)Masyarakat yang mencintai imu pengetahuan.
Contohnya,Hajah Tom sentiasa memberi tunjuk ajar kepada penulis dan rakan-rakannya terutamanya tentang kelebihan menghafal ayat-ayat Quran.

(c)Masyarakat kampung yang hidup miskin.
Contohnya,penulis dan rakan-rakannya sudah biasa hidup hidup kelaparan dan adakalanya mereka makan ulam-ulamannya jika tiada lauk untuk disajikan bersama-sama dengan nasi.



1 comment:

  1. hello nurul..im yasha..im from sekolah sri bestari..i will be sitting for my trials soon..i have just viewed your blog and i pinjam ur latar masyarakyat on the cerpen mencari nafas baru...thank you nadia..hope to hera from u soon..

    ReplyDelete