Monday, 25 February 2013

MENCARI NAFAS BARU



                                              PENGORBANAN GURU TIADA NILAI

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan seorang guru yang bernama Ana.Dia telah ditempatkan di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat,Hulu Pahang.Walaupun sekolah itu terletak jauh di pedalaman,Ana dan guru-guru yang lain gigih berusaha untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.Setelah tiga bulan bertugas,dia sangat mengambil berat terhadap pelajarnya yang bernama Milah.Di sekolah itulah Ana berkenalan dengan Milah, murid kesayangannya.Gadis comel yang berwajah lembut itu menambat  hatinya.Milah dianggap seperti adiknya sendiri dan pengubat rindunya kepada keluarga d kampungAna mula gelisah apabila Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut- turut.Ana ke rumah Milah untuk menziarahinya.Dia mendapati Milah sakit dan dalam keadaan lemah.Ana membawa Milah ke hospital daerah,Kuala Lipis.Doktor Izah mengesahkan bahawa Milah menghidapi penyakit luekemia jenis limfoblastik(ALL).Milah menerima pelbagai rawatan bagi merawat penyakitnya.Ana sudah bersedia untuk mendermakan sumsumnya kepada Milah.Ana sedih kerana Milah meninggal dunia sebelum menerima sumsum tulang daripadanya.Peristiwa sedih itu menyebabkan Ana memohon ditukarkan kembali ke tempat kelahirannya.

TEMA

Tema cerpen ini ialah pengorbanan seorang guru.

PERSOALAN

(a)kasih sayang guru terhadap murid.
Contohnya, Ana amat menyayangi Milah yang telah dianggap seperti adiknya sendiri sehingga dia sanggup mendermakan sumsum tulangnya untuk mengubati penyakit Milah.

(b)kegighan dan kesungguhan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah.
Contohnya,Ana dan guru-guru yang lain melakukan pelbagaiusaha semata-mata untuk meningkatkan pencapaian sekolah dalam akademik mahupun kokurikulum.

(c)kepentingan perubatan moden.
contohnya,doktor di Hospital Daerah,Kuala Lipis berjaya mengesan penyakit Milah dan pelbagai rawatan dilakukan untuk mengubati serta menyelamatkan nyawa anak gadis itu.

WATAK DAN PERWATAKAN

(a)watak utama ialah ANA.
(a)watak sampingan dalam novel ini ialah MILAH,IBU dan BAPA MILAH.

NILAI

(a)kasih sayang
contohnya,Ana amat menyayangi Milah dan menganggap seperti adiknya sendiri.

(b)kerajinan
contohnya,Ana menolong ibu Milah berniaga di kedai runcit yang dijalankan secara kecil-kecilan di hadapan rumah mereka.

(c)pengorbanan
contohnya,Ana rela mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah agar nyawa anak muridnya itu dapat diselamatkan.

PENGAJARAN

(a)kita hendaklah amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberi.
contohnya,Ana senantiasa melaksanakan tugasnya sebagai seorang gurundengan penuh dedekasi.

(b)kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan.
contohnya,Ana ikhlas mendermakan tulang sumsumnya untuk Milah.

(c)kita hendaklah bersimpati terhadap orang yang malang.
contohnya,Ana amat bersimpati terhadap nasib yang menimpa Milah.

1 comment: