Tuesday, 16 July 2013

KARANGAN FAEDAH-FAEDAH DIPEROLEH DENGAN MENGUASAI KEMAHIRAN ICT



FAEDAH-FAEDAH DIPEROLEH DENGAN MENGUASAI KEMAHIRAN ICT.


             Pada masa kini penggunaan teknologi maklumat telah digunakan dalam kehidupan kita dengan meluas seantero dunia.Justeru itu,kita mesyilah peka terhadap perkembangan teknologi malumat dan komunikasi ini.Teknologi maklumat dan komunikasi terkandung pelbagai jaringan maya yang bersifat globasisasi.Belakangan ini,manusia semakin bijakdan semakin mahir menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)seperti telefo,internet dan satelit.Rangkap lagu tersebut menunjukkan seseorang yang pakar dalam internet dalam erti kata lain celik komputer dapat meningkatkan ekonomi keluarga malah ekonomi negara.Mereka boleh mencipta barangan yang berjenama negara dan boleh digunakan dalam kehidupan seperti kata peribahasa 'jika ada kemahuan di situ ada jalan'.Manusia kini berlumba-lumba untuk menguasai kemahiran ICT.Persoalannya,apakah faedah-faedah diperoleh dengan menguasi kemahiran ICT?

         Antara faedah yang diperoleh dengan menguasai kemahiran ICT adalah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan.Dengan itu, kita dapat mencipta barang seperti kereta dan sebagainya.Oleh itu,kadar pengeluaran wang dapat dikurangkan kerana kita tidak perlu mengimport barangan dari luar negara.Kita juga dapat dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dari segi mencari maklumat yang sedia ada yang terdapat dalam kemudahan ICT.Jika kita mengetahui pelbagai ilmu pengetahuan kita tidak mudah ditipu oleh segelintir pihak yang tidak berperikemanusiaan.

            Selain itu,penguasaan kemahiran ICT juga dapat memudahkan kita berkomunikasi dengan orang lain tanpa sempadan.Telefo bimbit,internet dan televisyen merupakan alat perhubungan yang canggih dan berguna.Misalnya,telefon bimbit mudah dibawa ke mana-mana saja kita pergi.Inilah yang dapat bahawa 'dunia tanpa sempadan'.Perkara ini memberi kesenangan kepada kita untuk beromunikasidari jarajk jauh.Internet pula membolehkan kita untuk melayari laman web untuk mengetahui atau mencarisesuatu pengetahuan.Kita boleh berbalas emel dengan sesiapa sahaja yang dikehendaki walaupun berada di tempat yang jauh dan berasingan.Kesemua alat komunikasi tersebut telah dicipta oleh manusia yang menguasai kemahiran ICT.

           Di samping itu,kita dapat mempercepatkan kerja kita dari sebelumnya.Kita juga boleh membuka kedai untuk membaiki alat-alat teknologi maklumat.Kita juga boleh membuka pusat komputer dengan menyediakan khidmat mengajar cara-carapenggunaan teknologi maklumat dan komunikasi kepada orang ramai.Penggunaan teknologi maklumat dab komunikasi adalah sangat meluas pada masa ini.Kita perlu bijak menggunakannya dengan sebaiknya.Apabila rakyat maju dan bersatu-padu,negara juga turut maju.Jika kita menguasai kemahiran ICT,kita dapat meningkatkan kemajuan negara sekaligus bersaing dengan negara luar.






          Kesimpulannya,terbuktilah bahawa penguasaan kemahiran ICT adalah penting dan memberi banyak faedah kepada kita lebih-lebih lagi dalam kehidupan pada masa ini.Zaman sekarang zaman moden.Teknologi pula semakin canggih.Setiap manusia berusaha untuk memperbaiki diri mereka.Begitu juga dengan kerajaan.Mereka berusaha untuk meningkatkan imej negara di mata dunia.Oleh itu,semua rakyat haruslah bekerjasama,bagai aur dengan tebing bagi membantu merealisasikan impian kerajaan untuk mencapai wawasan 2020.Bukannya hanya mementingkan diri sendiri sahaja seperti peribahasa "bagai enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.

Sunday, 14 July 2013

LANGKAH-LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU


Hasilkan satu rangka  tentang
2.langkah - langkah memartabatakan bahasa melayu.

PENDAHULUAN
    
         ' Bahasa jiwa bangsa'itulah frasa yang paling sesuai untuk menunjukkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa lain di Malaysia.-Pelbagai polemik  telah dibangkitkan  sejak akhir ini -membicarakan identiti bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun yang bernama Malaysia.- Menurut kamus pelajar,memartabat bermaksud - melestarikan sesuatu supaya ia menjadi kekal seperti sediakala.Sejak kebelakangan ramai masyarakat malu untuk menggunakan bahasa ibunda kita iaitu bahasa melayu.- Ini menjejaskan imej negara - bahasa melayu bahasa nasional kita.- Persoalannya apakah langkah-langkah memartabatkan bahasa melayu?

ISI-ISI PENTING

1.Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) haruslah menjalankan kempen yang berkesan untuk memupuk kesedaran dalamkalangan masyarakat agar cintakan  bahasa melayu.-Contohnya,DBP perlu bekerjasamadenagn pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti yang menjurus ke arah memartabatkan bahasa melayu.-sekiranya bahasa bahasa melayu  semakin meluas digunakan sudah tentu bahasa melayu setanding dengan bahasa-bahasa lain.'duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bahasa antarabangsa yang lain.

2.kita mestilah melibatkan diri dalam komuniti - seperti di sekolah atau badan-badan lain yang relevan.- contohnya di sekolah boleh menimbulkan kesedaran tentang keistimewaan bahasa melayu -melambangkan jati diri bahasa melayu di dalam kelas.-Boleh menjalani program sekolah yang mempromosikan bengkel bahasa melayu.

3.Memupuk kesedaran tentang kepentingan bahasa melayu dalam kalangan anak-anak sejak azali lagi.-kesedaran tersebut perlulah dimainkan peranan oleh ibu bapa dan guru.-contonya, ibu bapa mestilah menggunakan bahasa yang betul apbila bertutur dengan anak-anak.-sekiranya kesedaran ini dapat dipupuk sejak azali seperti kata peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' sudah pasti hasilnya akan berkekalan hingga dewasa 
  

PENUTUP

seorang individu boleh memainkan peranan dalam isu ini dengan bertutur bahasa melayu.-Memelihara bahasa melayu tanggungjawab kita bersama.-bahasa melayu lambang identiti kita.