Saturday, 15 June 2013





















                            HORRAY!!CUTI SEKOLAH SEKOLAH SUDAH 
                                            KEMBALI.


Jika diumumkan tentang perkataan cuti semua lapisan masyarakat berasa amat gembira terutamanya pelajar sekolah mahupun orang dewasa yang bekerja.Cuti sekaolah selalunya menjelang pada musim perayaan.Oleh sebab itu,ramai masyarakat pulang  ke kampung masing-masing untuk menikmati kegembiraan bersama-sama ahli keluarga.Jadi nikmatilah setiap masa dan penuhilah ruang semasa menjalani musim cuti anda.Marilah meninjau bagaimana dan apakah yang saya lakukan semasa cuti persekolahan yang lalu.

        Cuti persekolahan telah pun tiba.Cuti persekolahan telah berlangsung selama dua minggu.Pada minggu pertama,saya telah menghadiri  kelas tuisyen kerana tahun ini saya merupakan calon PMR.Jadi saya penuhi masa dengan menelaah pelajaran.

          Setelah seminggu menghadiri kelas tuisyen,keluarga saya bercadang untuk pulang ke rumah nenek dan datuk saya di Kuala Terengganu kerana cuti sekolah masih berbaki.Setelah ibu dan ayah saya selesai menjalankan tugas dan kerja masing-masing di sini kami sekeluarga pun bertolak ke Kuala Terengganu.

          Sebelum ke Terengganu,ibu dan ayah bercadang untuk bercuti ke Kuala Lumpur.Saya amat gembira setelah mendengar berita tersebut.Memandangkan musim cuti persekolahan,banyak kenderaan di lebuh raya.Ayah  memandu dengan berhati-hati supaya tidak berlaku kemalangan yang tidak diingini.Perjalanan dari Alor Setar ke Kuala Lumpur berjalan dengan lancar kerana ayah menggunakan lebuh raya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di jalan biasa.Namun,semasa dalam perjalanan ,kami telah menyaksikan suatu kemalangan jalan raya yang tragis antara sebuah kereta dengan sebuah van.

           Kemalangan itu berpunca daripada  sikap pemandu kereta yang cuai.Pemandu kereta tersebut telah memotong sebuah lori yang berada di hadapannya dengan terburu-buru sehingga bertembung dengan sebuah van yang datang dari arah bertentangan.Keadaan jalan yang agak sesak ketika itu menyebabkan pemandu van tersebut gagal mengelak daripada bertembung dengan kereta terbabit.Perlanggaran itu telah menghasilkan bunyi yang kuat sehingga dapat didengari dari jarak yang jauh.

               Van tersebut terhumbun di tepi lebuh raya.Ayah memberhentikan kereta untuk membantu mangsa kemalangan itu.Van tersebut dipandu oleh seorang lelaki yang membawa ahli keluarganya.Pemandu kereta tersebut meraung-raung menahan kesakitan,sedangkan rakannya tidak disedarkan diri.

                Kereta tersebut reuk pda bahagian hadapan.Oleh sebab van tersebut terbalik,mangsa-mangsanya agak parah.Walau bagaimanapun, kesemua mangasa yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah berjaya dikeluarkan kecuali pemandu van yang tersepit antara tempat duduk dengan bahagian hadapan yang remuk itu.Saya memberikan pertolongan kecemasan yang termampu seperti yang saya pelajari di sekolah sebelum anggota paramedik datang.

        



Sejurus kemudian,anggota paramedik dan polis tiba di tempat kejadian.Pasukan Bomba dan Penyelamat turut dihubungi untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.Pemandu van itu telah dapat dikeluarkan.Kesemua mangsa dibawa ke hospital.Duabuah kenderaan yang remuk itu ditunda ke tempat lain bagi mengelakkan kesesakan berterusan.Lima belas minit kemudian kesesakan jalan raya akibat kemalangan itu semakin pulih.

               Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur,kami mengetahui bahawa pasangan suami isteri itu meninggal dunia, manakala tiga orang anaknya cedera parah.Saya berasa amat sedih dan kasihan mengenang nasib kanak-kanak yang malang itu.Tragedi oini patut dijadikan teladan kepada semua pengguna jalan raya.Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga.Justeru, kita hendaklah berhati-hati semasa memandu dan ingatlah orang yang tersayang agar tragedi seumpama ini dapat dihindari.

                Setelaah memakan masa selama lima jam  perjalanan,kami sekeluarga pun tiba di Kuala Lumpur.Saya berasa amat gembira.Ini antara gambar tempat-tempat menarik yang dilawati oleh kami sekeluarga.